Khamis, 26 April 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SENTA, BIDOR PERAK

Sekolah Kebangsaan Kampung Senta



Sekolah Kebangsaan Kampung Senta atau nama ringkasnya SK Kampung Senta, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 20. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Senta memiliki 40 pelajar lelaki dan 59 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 99 orang. Ia mempunyai seramai 9 orang guru.


Sejarah

SK KAMPUNG SENTA dahulunya dikenali sebagai SK. Pos Senta. Sekolah ini diwujudkan dan
 ditadbir oleh Penghulu iaitu En.Ali a/l Kincong. SK Kampung Senta terletak lebih kurang
 15 km jauhnya dari pekan Bidor.Jalannya berbatu dan berpasir. Jalan di kampung pula
 kebanyakkannya berturap dengan tar.
Peringkat awal, jumlah pelajar seramai 52 orang dan ditadbir oleh seorang guru,sebagai 
Pemangku Guru Besar dan sebagai guru pertama. beliau ialah En. Mohd. Tarmizi b. Ahmad.
Pada tahun 1994, murid bertambah kepada 53 orang dan tenaga dan tenaga pengajar 
bertambah kepada 3 orang.
Atas keprihatinan Jabatan Orang Asli terbina 2 buah bangunan separuh batu.Sebuah untuk
 kantin dan selebihnya untuk pejabat dan pengajaran dan pembelajaran.Pada tahun 1995 murid 
bertambah kepada 72 orang.Pada tahun itu juga segala pentadbiran sekolah diambil 
alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 1996, PIBG ditubuhkan .Yang Di Pertua pertama yang telah dilantik ialah 
En. Ali a/l Kincongyang juga merupakan penghulu bagi Kampung Senta pada
 ketika itu. Pada 1 Jun 1996,Kementerian Pendidikan telah melantik seorang Guru Besar
 untuk menjalankan tugas iaitu En. Alang a/l Sabak.
Beliau adalah juga merupakan Guru Besar yang pertama.
Di penghujung tahun 1999, 3 blok bangunan baru didirikan dibawah Kementerian 
Pendidikan Malaysiadan siap sepenuhnya pada tahun 2000 dan upacara penyerahan telah
 dilaksanakan


Alamat

Sekolah Kebangsaan Kampung Senta
Peti Surat 20
35500, Bidor
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA